Curi Pasir Di Pantai Itali, Pelancong Berdepan Hukuman Penjara

TERKINI
August 21, 2019 - 12:48 PM


Kebiasaannya, mengutip atau mengumpul pasir pantai untuk dibawa pulang sebagai cenderamata adalah perkara biasa, percuma dan sering dilakukan oleh ramai orang. Tetapi, lain ceritanya di Itali.

Sepasang kekasih dan juga pelancong yang berasal dari Perancis baru – baru ini bakal dipenjarakan gara – gara ‘mencuri’ pasir di sebuah pantai di Itali.

Memang kalau nak diikutkan, pasir pantai adalah souvenir percuma namun tidak di Pantai Sardinia, Itali. Hal ini adalah pasir pantai di Sardinia sebenarnya telah diletakkan bawah perlindungan sejak 2017.

Tidak cukup dengan pemwartaan itu, memang terdapat banyak papan tanda dalam pelbagai bahasa melarang pengunjung dan pelancong tentang hukuman yang bakal diterima akibat daripada perbuatan mencuri pasir di pantai berkenaan.

Berbalik kepada kes terbaru pasangan Perancis tadi, mereka ditangkap selepas mengisi 14 buah botol dengan pasir pantai tersebut, dikatakan jumlah kesemuanya hampir 40 kilogram dan kedua-duanya berdepan hukuman penjara maksimum selama 6 tahun atau denda sebanyak $3,330 (RM13,800 +/-).

Pasangan Perancis berkenaan ditahan oleh pihak polis di Porto Torres semasa menunggu feri untuk ke Selatan Perancis.

Sebenarnya, ini bukanlah satu satunya kes kecurian pasir yang berlaku di Pantai Sardinia kerana jika mereka berjaya seludup pasir berkenaan, harganya amat mahal di atas talian dan dalam tempoh 10 tahun lalu, sejumlah 10 tan pasir telah dirampas di lapangan terbang.

Untuk kita, jadikan kes ini satu pengajaran. Sila hormati dan patuh undang-undang tempatan, jangan main sebat je. Kalau tak tahu, jangan buat – buat tahu, bertanyalah pada pihak sepatutnya. Jangan nanti dah sangkut, mula mintak simpati rakyat Malaysia.