Dah La Masak Tak Sedap, Harga Yahudi, Sampai Messi Pun Menyampah Kini Salt Bae Dilarang Ke Majlis Besar

TERKINI
December 29, 2022 - 12:33 PM


Ben Foster Label Salt Bae Terpaling Najis, Masak Stik Tak Sedap, Harga Peras Ugut

Bekas penjaga gol England, Ben Foster telah melakukan serangan dan kecaman bertali arus ke atas Salt Bae dengan melabelkan selebriti chef itu sebagai individu terpaling najis di perlawanan akhir Piala Dunia.

Tidak cukup dengan itu, Ben Foster juga melancarkan serangan peribadi apabila mengutuk rangkaian restoran stik mewah kepunyaan Salt Bae, Nusr-Et sebagai tidak sedap dan biasa-biasa serta harga yang melampau seperti mahu memeras ugut pelanggan.

Kenyataan pedas dan keras dari pesara bola sepak ini hadir melalui saluran Youtubenya, Ben Foster – The Cycling GK yang membuat ulasan mengenai Piala Dunia 2022.

Ben Foster telah berbicara pelbagai topik seperti detik terbaik dan terburuk termasuklah Kylian Mbappe, gol padu dari Richarlison dan banyak lagi.

Nampak Sangat Messi Pun Menyampah Dengan Salt Bae

Ben Foster turut mengulas kelakuan Salt Bae yang memegang lengan Messi seolah-olah mahukan Messi menegur khabarnya ketika Messi sibuk meraikan kemenangan.

“Tetapi yang paling teruk, Messi baru sahaja turun dia melihat lelaki Salt Bae dan Messi berpusing dan pergi ‘ko ok bro?'”

“Dengan cara Salt Bae memegang lengannya seperti mahu Messi menyapa ‘cakap hello kat aku, cakap hello kat aku’, Messi seperti ‘ya, ya. , cool’ dan Salt Bae masih memegang lengannya.”

Bagi bekas penjaga gol Manchester United itu, Salt Bae adalah najis yang menjijikkan dan musang sebenar sambil mengutuk makanan dan harga restoran selbirit chef itu.

“Messi marah dengannya, dia seperti ‘berambus, musang kecil’. Ia sangat menjijikkan. Itulah dia tanpa keraguan lagi.”

“Salt Bae, harga anda memeras ugut, stik anda biasa-biasa, saya pasti saya boleh masak stik yang lebih bagus dan anda musang mutlak. Jangan buat lagu tu!!”

Salt Bae Dilapor Dilarang Sertai Festival Muzik Los Angeles 

Dalam satu ciapan yang dimuat naik oleh Rolling Loud, mereka menulis bahawa pihaknya tidak akan membenarkan Salt Bae menghadiri ke acara festival muzik berkenaan.

“Kami juga telah melarang Salt Bae daripada menghadiri Rolling Loud LA 2023 pada Mac depan,” tulis ciapan tersebut.

Rolling Loud ialah sebuah festival muzik hip-hop antarabangsa yang diadakan di beberapa tempat pada sebelum ini. Menurut Complex, festival yang ditubuhkan pada 2015 itu adalah “salah satu festival rap terbesar di dunia”.