Messi Julang Piala Dunia Dengan Jubah! Apa Makna Disebalik Jubah?
TERKINIPiala Dunia Qatar 2022 baru sahaja melabuh tirai dengan perlawanan final yang epik di antara Argentina dan Perancis. Penantian 36 tahun Argentina untuk merangkul piala yang diimpikan sang kapten Lionel Messi dan seluruh peminat bola sepak akhirnya menjadi realiti.
Momen yang dinantikan itu berjaya menarik perhatian seluruh dunia, di saat Messi mengucup Piala Dunia gemuruh satu stadium dan pelbagai warga kenamaan mengucapkan tahniah kepada Messi dan Argentina. Ketika upacara penyampaian trofi, satu 'gesture' istimewa dihadiahkan kepada Messi.
Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani menyarungkan satu jubah hitam emas sekaligus menarik perhatian media dan juga membuat penonton tertanya-tanya apa maksud disebalik jubah tersebut?
Jubah itu adalah 'Beshth' dan dalam bahasa arab (البيشت). Keluarga diraja sering memakainya. Jubah tersebut juga dihadiahkan buat pahlawan arab yang berjaya di medan perang di masa lalu dan juga dipakai ketika majlis istimewa seperti perkahwinan,
Demi meraikan kejayaan Messi, simboliknya pemakaian 'Beshth' adalah untuk meraikan kejayaan seorang pahlawan menjulang kejayaan buat negaranya dan secara tidak langusung menunjukkan kepada dunia bagaimana negara Arab menghargai tetamu dan menunjukkan rasa hormat.