"Macam Dia Menang World Cup!" - Gelagat Salt Bae 'Mencapub' Buat Peminat Argentina Berang!

TERKINI
December 20, 2022 - 11:12 AM


Nusret Gökçe atau lebih dikenali sebagai Salt Bae yang meraih populariti di media sosial pada tahun 2017 menarik tumpuan netizen seluruh dunia ketika upacara penyampaian trofi Piala Dunia Qatar 2022.

Dia dikecem hebat oleh netizen apabila dilihat 'mencapub' atau mencari publisiti murahan dengan bergambar bersama trofi Piala Dunia sejurus kemenangan Argentina menundukkan Perancis.

Berdasarkan pemerhatian, Salt Bae jelas mendapat kebenaran dan salah satu VIP yang dibenarkan untuk masuk ke dalam padang selepas selesai upacara penyampaian trofi.

@thesportingnews Messi really gave Salt Bae the cold shoulder after winning the World Cup 😂 #messi #worldcup #saltbae #argentina ♬ original sound - The Sporting News

Muncul satu video di paltform TikTok dimana Salt Bae cuba memaksa bintang Argentina Lionel Messi untuk bergambar dan gelagatnya itu mencetuskan kemarahan peminat Argentina mahupun bola sepak.

Tingkahlakunya jelas membuat netizen rasa meluat. Dia juga memuat naik banyak kepingan foto bersama pemain Argentina bahkan ada juga gambar dia menggigit pingat salah seorang pemain Argentina.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nusr_et#Saltbae (@nusr_et)

 

FIFA turut menjelaskan, trofi Piala Dunia FIFA yang asli hanya boleh disentuh dan dipegang oleh sekumpulan orang yang terpilih, termasuk bekas pemenang Piala Dunia FIFA dan ketua negara.” 

Destination: