"Design Biasa, Harga Bangsawan!"- Netizen Luah Pendapat Jersi Terbaharu Harimau Malaya
TERKINIPersatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Nike baru sajaja melancarkan jersi terbaharu skuad Harimau Malaya bagi tahun 2022/2024 di Football Republic, Sunway Piramid.
Jersi ini bakal dipakai oleh para pemain bermula saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang akan berlangsung pada bulan Disember depan.
@kinfai10 Replying to @Muhammad Nazir Hakimei Player issue je nampak cantik. Yang replica….🤦🏽♂️ #HarimauMalaya #Malaysia #Jersi #jersey ♬ SWIPE - ALYPH
Nike kali ini memilh warna kuning sebagai warna utama untuk jersi ‘HOME’ berserta warna hitam pada bahagian leher dan untuk kersi 'AWAY' pula serba hitam. Namun, terdapat perbezaan kualiti antara jersi ‘Players Issue’ (RM600) dan ‘Replica’ (RM299).
@kinfai10 Here’s the player issue for the away design #HarimauMalaya #Malaysia #Jersi #jersey #FAM #AFF ♬ original sound - Kin Fai
Para penyokong boleh mendapatkan jersi tersebut mulai hari ini, 17 November 2022 secara eksklusif di Football Republic Sunway Pyramid dan secara dalam talian di www.nike.com/my dan Nike App.
Ramai netizen berpendapat sejak kebelakangan ini jersi dari Nike buat Harimau Malaya tidak memuaskan. Bukan itu sahaja, harga jersi semakin mahal. Ada yang menyuarakan pendapat jersi kebangsaan wajar diberikan peluang kepada pengeluar tempatan seperti yang berlaku di Thailand dan Indonesia.