"Dia Bukan Lagi Warganegara Kami" - Singapura Memohon Maaf Atas Lawak Jocelyn Chia Yang Biadap!

TERKINI
June 08, 2023 - 05:59 PM


Setelah heboh sejak semalam video lawak kontroversi daripada pelawak Singapura, Jocelyn Chia, Kerajaan Singapura memohon maaf atas perbuatan bodohnya itu kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon berkata yang beliau terkejut dengan tindakan Jocelyn. Lawak yang keluar dari mulutnya itu disifatkan tidak mengambil kira sensitiviti rakyat Malaysia.

"Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia Atas kata-kata yang menyakitkan daripada dia. Kerajaan Singapura tidak boleh menerima sebarang kata-kata atau tindakan yang boleh mencetuskan kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain" kata Vanu.

Beliau juga menjelaskan yang Jocelyn bukan lagi warganegara mereka dan kata-katanya dalam pementasan Comedy Cellar tidak mencerminkan pandangan negara itu.

Walaupun telah mengundang kemarahan dan kecaman dari rakyat Malaysia, Jocelyn masih menganggap lawaknya itu relevan dan hairan dengan rakyat Malaysia yang terlalu mengambil serius dengan lawaknya itu. Baginya, tragedi MH370 itu sudah lama berlaku dan tidak salah untuk dia melawak mengenainya.

Yang buat orang kita geram, Jocelyn berpendapat apa yang dilakukannya itu adalah cara balas dendam yang terbaik sebagai menyatakan perasaan Singapura yang telah disingkirkan dari pembentukan Malaysia.

Netizen mendapati Jocelyn dipercayai telah deactivate akaun sosial medianya seperti Instagram dan Twitter kerana koyak setelah dikecam bertalu-talu oleh warganet Malaysia.

Sumber berita : The Reporter