"Kurang Ajar!" - Pelawak Singapura Jadikan MH370 Bahan Jenaka Selepas Persenda Malaysia Depan Khalayak

TERKINI
June 07, 2023 - 04:46 PM


Buka je Tiktok pagi tadi terus membara hati selepas tengok satu video yang di-post di media sosial berkenaan selepas pelawak stand-up dari Singapura, Jocelyn Chia membuat lawak sambil melontarkan kata-kata yang tidak sepatutnya di hadapan khalayak.

Jocelyn yang berada dalam program Comedy Cellar membandingkan negaranya, Singapura dengan Malaysia dan mengatakan pemimpin ketika itu membuat keputusan tepat untuk keluar daripada gabungan Malaysia.

Dengan nada persenda beliau mengatakan Malaysia masih lagi negara membangun jika nak dibandingkan dengan Singapura yang sudah pun mencapai First World Country.

"Malaysia pula sekarang jadi apa? Masih lagi menjadi negara membangun? Awww... Booo.... F**k you Malaysia. Bukankah itu balas dendam yang terbaik selepas berpisah?

"Awak dari mana? Malaysia atau Singapore? (tanya penonton yang kemudian menjawab Malaysia). Malaysia? Okey f**k you a*****es" katanya.

Tak puas dengan mempersenda Malaysia, Jocelyn timbul dengan jenaka terbaru apabila mengatakan pesawat Malaysia tidak boleh terbang dan hilang (merujuk kepada pesawat MH370 dan MH17). 

Walaupun Jocelyn menyedari lawaknya itu tidak boleh diterima namun dia yakin yang lawak tersebut mampu mendapat tepukan penonton walaupun hambar. 

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan lawak bodoh terbabit kerana apa yang dikatakan tersebut biadap dan tidak sensitif dengan tragedi yang berlaku walaupun sudah bertahun lamanya.

Walaupun mendapat tepukan gemuruh daripada penonton program tersebut, ramai rakyat Malaysia menggesa agar pihak polis menjalankan siasatan terhadap wanita terbabit yang dilihat menyentuh sensitiviti negara serta penghinaan terhadap Malaysia.

Walaupun ia sekadar jenaka, jangan terikut dengan gaya Barat yang tidak menitik beratkan isu sensitiviti tentang perkauman dan tragedi. Kita orang Asia, ikut cara Asia.

Sumber berita : The Reporter