"Dia Kawan Saya, Saya Terlampau Percaya Pada Dia" - Isu PA Kekwat, Khairul Aming Mohon Maaf
TERKINIPanas sejak semalam khabar angin yang tidak enak tentang PA influencer terkenal Khairul Aming yang didakwa agak sombong atau 'kekwat'. Ramai klien yang tersinggung dan menceritakan layanan yang mereka terima dari PA tersebut.
Ada juga netizen berpendapat, akibat dari perilaku pembantunya itu Khairul Aming terlepas banyak peluang untuk berkolaborasi bersama jenama-jenama besar dan berpotensi.
Pada awal pagi ini, Khairul Aming telah mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut malah dia juga membuat permohonan maaf kepada semua yang terkesan dengan perkara itu.
Regarding issue semalam, ini wayforward for improvement:
— Khairulaming (@khairulaming) September 9, 2022
1) i have removed all manager’s contacts from social media. for now i sendiri akan manage all inquiries until ada new replacement
Melalui thread tersebut, beliau menjelaskan bahawa telah memadam semua informasi berkenaan pengurusnya itu di media sosial dan bermula hari ini dia sendiri akan menguruskan segalanya.
Selain itu, beliau juga akan kembali fokus akan minat pertamanya iaitu membuat video makanan. Khairul Aming turut menyatakan beliau mengambil maklum segala maklumbalas yang diberi dan akan usaha untuk memperbaiki apa yang kurang. Thread tersebut diakhiri dengan permohonan maaf kepada mereka yang terlibat.