"Cubalah Jangan Dengki" - Netizen Hairan Ada Yang Persoal Tindakan Khairul Aming Bagi Bonus Secara ‘Cash’

TERKINI
April 03, 2024 - 11:41 AM


Khairul Aming, pempengaruh media sosial yang juga merupakan usahawan yang berjaya sering mendapat pujian dan dijadikan ikutan ramai. Terbaru, dia sekali lagi meraih pujian ramai kerana memberi layanan istimewa kepada stafnya. 

Dalam satu hantaran di platform X, Khairul Aming berkongsi tentang penutupan kedua-dua buah kilang Nyet untuk meraikan 100 orang staff. Dalam video tersebut, dapat dilihat beliau membawa semua staf untuk shopping baju raya dan membeli barangan dapur.

“Semalam kita tutup kedua-dua kilang Nyet untuk meraikan 100 orang staff. Kita bawa semua shopping baju raya, beli barang dapur untuk persiapan raya dengan family, bagi bonus duit raya dan juga buka puasa kat hotel. Lepas raya nanti kita pergi bercuti pulak,” katanya.

Video tersebut mendapat pujian orang ramai kerana layanan yang diberikan Khairul Aming kepada pekerjanya. Yang paling menarik perhatian adalah sampul raya berisi wang yang diberikan Khairul Aming kepada pekerjanya.

 

Namun, di saat ramai yang memuji Khairul Aming, ada juga yang mempertikaikan tindakan pempengaruh itu memberi bonus raya secara 'cash' dan bukan secara 'online'. Malah, tak kurang juga segelintir yang berspekulasi bahawa Khairul Aming berbuat demikian kerana ingin lari dari membayar cukai.

Walau bagaimanapun, ramai juga warganet yang meminta golongan yang mempersoalkan tindakan Khairul Aming ini untuk bersangka baik dan bersyukur bahawa kebajikan staf dijaga.

 

Sumber: X

Destination: