"Selamba Je Cakap Mamat Tu Tak Salah" - Netizen Tempelak Individu Pertahan Sambal Nyet Ciplak
TERKINIBeberapa hari kebelakangan ini, isu Sambal Nyet milik pempengaruh Khairul Aming menjadi tumpuan ramai ekoran berlaku peniruan yang ketara oleh seorang peniaga online.
Walaupun ramai yang mengkritik tindakan yang tidak beretika oleh peniaga platform e-dagang tersebut, tetapi ada juga individu yang menyebelahi peniaga tersebut dengan menyatakan bahawa tindakan itu tidak salah kerana ia hanya dianggap sebagai meniru dan bukannya menipu.
Individu yang memihak kepada perniaga tersebut ada mengeluarkan kenyataan di Facebooknya dengan menyatakan bahawa perbuatan yang dilakukan oleh peniaga itu hanya memfokuskan kepada spilover jenama Khairul Aming.
"Jadi dia menipukah? Tak ada dia menipu. Orang salah beli sebab tak baca label betul-betul.
"Pengajaran dari perkara ini ialah, "go to hell with originality". Apa salah meniru? Kita semua belajar dengan meniru. Kononlah idea kita "authentic" atau asli sangat. Padahal bisnes kita pun banyak cedok sana dan cedok sini.," katanya di Facebook
Walau bagaimanapun, kenyataan yang dilontarkan individu terbabit telah dikritik ramai kerana pandangan yang diberikan merupakan sesuatu yang mengarut dan tidak masuk akal.
Sorang tolong check mamat ni. Aku menyirap betul baca. https://t.co/i4CkcIbX4a pic.twitter.com/2Qj2Qpk2WC
— ianzainal (@lANZAlNAL) December 28, 2023
Untuk makluman, Khairul Aming telah pun mengambil tindakan undang-undang dengan mengemukakan sebanyak lapan tuntutan terhadap peniaga terbabit.
Sumber: Lobak Merah, Facebook & X