"Nampak Sama Tapi Bukan Dia" - Netizen Berang Peniaga Tiru Sambal Nyet Khairul Aming

TERKINI
December 27, 2023 - 03:53 PM


Pempengaruh terkemuka negara Khairul Aming sering menjadi perhatian. Setiap video yang dimuatnaik pasti mendapat sambutan hangat dari pengikut. Begitu juga perniagaan sambalnya yang sudah mendapat tempat di hati pelanggan.

Namun, kejayaan yang dikecapi Khairul Aming sudah pasti menjadi impian setiap pengusaha perniagaan. Ada yang berani mengambil jalan pintas. Tindakan seorang pengusaha sambal Nyet Khairi telah mengundang kemarahan dan perhatian netizen kerana dia telah menciplak prouduk utama Khairul Aming iaitu Sambal Nyet.

Dari segi packaging, logo dan cara promosi semuanya seakan sama dengan Sambal Nyet. Malah pengeluar Sambal Nyet Khairi (SNK) turut mengucapkan terima kasih kepada pembeli yang menyokong produk mereka.

Reviu di salah satu platform e-commerce turut menyatakan sambal tersebut adalah produk tiruan  Sambal Nyet Khairul Aming. Ramai yang menyatakan dari segi rasa dan tahap kepedasan cukup berbeza.

Mereka meminta pihak Khairi si pengusaha untuk menghormati harta intelek usahawan yang lain. Ada juga yang meminta agar pihak Khairul Aming memberikan perhatian kepada perkara tersebut. Kerana produk Sambal Nyet Khairi jelas sekali ‘copy ori’ sambal beliau.

Destination: