Dinobat Syarikat Penerbangan Terbaik Asia, MAS Terus Terbang Tinggi!

TERKINI
March 12, 2019 - 11:21 AM


Patutlah semakin ramai rakyat Malaysia suka melancong dan berjalan-jalan ke luar negara!

Apalagi dengan adanya Air Asia sebagai ‘Syarikat Penerbangan Tambang Murah Terbaik Dunia’ sebanyak 10 kali berturut-turut dan tak kurang hebatnya juga Malaysia Airlines (MAS) semalam yang diumumkan merangkul anugerah 'Syarikat Penerbangan Terbaik Asia' ---  tak hairan akses untuk rakyat terbang ke mana-mana destinasi seluruh dunia menjadi semakin mudah.

Walaupun diasak dengan pelbagai kemelut sebelum ini, namun syarikat penerbangan kebangsaan itu tetap unggul dengan prestastinya terhadap penumpang dan mampu memberikan perkhidmatan terbaik bertaraf dunia.

Ia sekaligus melayakkan MAS menerima anugerah berprestij itu bersempena anugerah pelancongan antarabangsa Majlis Antarabangsa Persatuan Penulis Pelancongan Kawasan Pasifik (PATWA) 2019, di ITB Berlin, Jerman.

Sebagai tanda terima kasih kepada pelanggan setia, MAS juga bakal menawarkan 25% potongan tambang ke destinasi terpilih termasuk Hong Kong dan Sydney.

Tawaran sah sehingga tengah malam ini (12 Mac) untuk perjalanan sekarang dan 31 Mei 2019.

Pelanggan boleh menempah tiket mereka di mana-mana agensi pelancongan yang mengambil bahagian atau melalui laman web MAS di www.malaysiaairlines.com.