Disebabkan Insiden Dicaci & Diugut Pelanggan, Abang Rider Merana Digantung Kerja

TERKINI
September 26, 2022 - 04:54 PM


Ramai rakyat Malaysia yang menceburi bidang penghantaran maknanan lebih-lebih lagi pasca pandemik. Ada yang sebab terpaksa setelah dibuang dari perkerjaan tetap, ada yang demi mencari duit lebih dan ramai yang menjadikan kerjaya ini sebagai punca rezeki.

Kalau korang ingat, viral di setiap sosial media di mana abang @minyakhitamjalanan dimarah oleh seorang pelanggan tanpa belas ihsan.

Difahamkan, penghantar makanan itu menjelaskan lelaki tersebut memberi maklumat penghantaran yang salah kepadanya namun, sebaik sahaja dia tiba di lokasi, lelaki itu bertindak memarahinya dan memberi ugutan mahu memecat dirinya.

Namun, apa yang tidak diingini menimpa abang rider kita. Beliau telah digantung kerja oleh syarikat e-hailing tersebut. 

@minyakhitamjalanan Ya allah kau mudahkan kjer dunia aku #fypシ゚ #minyakhitamjalanan ♬ original sound - XTRA

“Sudah tiga hari saya digantung kerja. 10 tahun saya buat kerja menghantar makanan. Saya dah buat sebaik mungkin untuk customer. Tetapi majikan saya tetap dengar cakap customer.

“Gaji saya pun digantung. Sudah nak hujung bulan, duit rumah nak kena bayar, susu anak nak beli dan macam-macam lagi,” katanya yang juga meminta orang ramai menghargai golongan rider yang kerap dihina.

Pihak MUST tampil dengan kenyataan rasmi memaklumkan pihak mereka tidak mempunyai sebarang perjanjian kerjasama dengan syarikat Grab seperti yang didakwa salah seorang pekerja mereka.

Destination: