Dr. Amalina Kesal, Anak Terima Komen Lucah Hanya Kerana Tidak Disunat

TERKINI
December 20, 2022 - 11:43 AM


Beberapa hari yang lalu, perkongsian doktor pakar bedah, Dr. Amalina Che Bakri tentang berkhitan untuk anak perempuan adalah dilarang di United Kingdom membuat netizen terkejut dan mendatangkan pelbagai reaksi.

Dr. Amalina baru sahaja menimang cahaya mata sulung yang diberi nama Arabella Mia pada Oktober lalu. Susulan dari kenyataan itu, ada beberapa netizen tak kira lelaki atau perempuan yang mengeluarkan kenyataan berbaur lucah terhadap anaknya.

Beliau menjelaskan "Tidak pernah saya mempertikaikan hukum Islam, malah saya buat kenyataan, kalau anda berada di Malaysia, ikutlah fatwa dan undang-undang negara Malaysia. Kenyataan saya kemudiannya diambil oleh media tabloid di Malaysia dgn headline sebegini:"

Beliau juga telah menjelaskan dengan penuh melalui perkongsian di IG Highlight. 

Tambahan, Dr berkata "Saya tidak terkesan sekiranya kata-kata tersebut ditujukan kpd saya, tapi mereka sudah melampaui batas apabila membuat kenyataan berbaur lucah terhadap anak saya yg tidak ada dosa sekalipun. Please leave my daughter alone."

Demi mempertahankan anak, Dr nekad untuk mengambil tindakan undang-undang supaya menjadi pengajaran kpd semua. Dr. Amalina juga menegur penulis-penulis artikel yg suka membuat headline clickbait atau mengambil cerita remeh 

Destination: