Elak Hong Kong Buat Masa Sekarang, Ini Saranan Syarikat Penerbangan

VIRAL
August 13, 2019 - 10:44 AM


Lapangan Terbang Hong Kong kembali beroperasi hari ini setelah ditutup semalam akibat ‘diserang’ penunjuk perasaan.

Lebih daripada 200  penerbangan terpaksa dibatalkan dan hari ini, syarikat penerbangan AirAsia turut mengumumkan pembatalan penerbangan ke Hong Kong dan ianya dilakukan atas nasihat dari pihak berkuasa lapangan terbang Hong Kong sendiri.

Selain itu, pihak AirAsia turut menasihati mereka yang masih ingin teruskan perjalanan ke Hong Kong agar bersedia dengan kelewatan serta sentiasa memantau status penerbangan mereka di www.airasia.com/flightstatus.

Photo Credit : REUTERS/Issei Kato

Buat masa sekarang ini, kesemua penumpang yang terjejas telah diberikan notifikasi melalui email atau sistem pesanan ringkas.

Pihak AirAsia menawarkan beberapa pilihan kepada mereka yang terjejas atau penerbangan tergendala melebihi 3 jam atau dibatalkan. Ini melibatkan mereka yang dijadualkan untuk berlepas dari atau ke Hong Kong semalam (Isnin) atau hari ini.

Tawaran AirAsia adalah; ubah tarikh penerbangan untuk laluan sama dalam masa sebulan tanpa sebarang caj dikenakan, tukar laluan penerbangan melalui Macau, Shenzhen atau Guangzhou tanpa sebarang caj tambahan.

Selain dua itu, AirAsia juga menawarkan pemulangan penuh wang atau nilai tersebut dikreditkan ke dalam akaun AirAsia BIG pelanggan.

Buat masa ini, situasi di Hong Kong masih dalam pemantauan dan menurut presiden MATTA, elakkan Hong Kong buat masa sekarang, sehinggalah kemelut politik di wilayah berkenaan kembali pulih seperti biasa.

Sumber : The Star

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video