"Elok Heret Ke Balai" - Warga Asing Kantoi Tangkap Gambar Dada Wanita
TERKINIIsu gangguan seksual ni memang sukar dibanteras lebih-lebih lagi yang berlaku di tempat terbuka. Ada sahaja lelaki-lelaki miang yang cuba mengambil kesempatan terhadap para wanita. Selagi golongan lelaki sebegini tidak tertangkap, selagi itu mereka akan teruskan kegiatan keji mereka.
Baru-baru ini, seorang pemuda memuatnaik satu video yang sememangnya membuat netizen berasa bengang. Berdasarkan video tersebut, pemuda itu berjaya menangkap seorang warga asing yang menangkap gambar wanita tanpa izin demi kepuasan nafsunya.
BANGLA SANGAP BUSTED AT PAVILLIONN! @cazzrah @brgsjks @pedopop pic.twitter.com/uomTGF7YQq
— ferg (@k1nghvn) May 7, 2023
Pemuda tersebut bertindak dengan menegur dan memaksa warag asing tersebut untuk membuang semua gambar telah diatangkap. Tiada sebarang maklumat terperinci sama ada dia telah ditahan polis atau sebagainya.
Pada penghujung video, warga asing itu sempat memohon maaf di atas perbuatannya.