'Elok Kena Sambar Petir Je!' - Aksi Berahi 2 Lelaki Bercumbu Dalam Surau Berjaya Dirakam CCTV

TERKINI
October 26, 2022 - 12:11 PM


'Perbuatan yang sangat hina dan menjijikkan!'

Itu yang dapat dilabelkan terhadap tindakan berani dua lelaki apabila berkelakuan tidak senonoh di dalam sebuah surau di Pekan Banting, Selangor.

Perbuatan terkutuk itu mengundang kecaman masyarakat apabila mereka berjaya dirakam melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum dikongsikan di media sosial.

Menerusi satu ciapan berlampirkan video oleh Info Kuala Langat -- kelihatan dua orang lelaki seperti baru sahaja selesai mengerjakan solat. Difahamkan, kejadian terbabit berlaku pada 25 Oktober lalu.

Namun, apa yang membangkitkan amarah netizen adalah salah seorang daripada mereka mula memegang dan meraba ‘rakannya’ di dalam surau terbabit. 

Di dalam video berkenaan turut kelihatan mereka bercium sebelum membuka seluar.

Bimbang perbuatan diketahui, kedua-duanya sempat bersalam dengan jemaah yang berada berdekatan mereka sebelum keluar. Namun sehingga kini tiada laporan lanjut mengenai kejadian tersebut.

Video berdurasi seminit 50 saat itu meraih lebih 100 ribu tontonan dan mendapat lebih 1259 tanda suka di Twitter.

Sumber : @InfoKuala

Destination: