"Entah Siapa Yang Salah" - Lelaki Dakwa MYAirline Cuba Halau Anak Berusia 2 Tahun
TERKINISetiap orang akan membawa keluarganya bercuti tidak kira di dalam atau luar negara. Tak kisah walaupun anak masih kecil, harus dibawa sekali dan tak mungkin untuk kita tinggalkan mereka di rumah.
Itu yang terjadi kepada seorang lelaki mendakwa syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline cuba untuk menghalau mereka sekeluarga turun dari kapal terbang. Dari posting Facebook-nya, beliau juga ada menyatakan beberapa masalah ketika hendak boarding.
Lelaki yang dikenali di Facebook dengan nama Fear Dawooz juga menambah, pihak MYAirline menghalang dia untuk boarding kerana kerana kapal terbang sudah pun penuh dan meminta beliau membeli ruang beg cargo minimum RM90 untuk 15kg untuk mengelakkan kapal terbang overload. Padahal beliau cuma datang ke kaunter berkenaan untuk print boarding pass tapi staf syarikat penerbangan tersebut tetap memaksanya untuk beli ruang beg cargo.
"Aku terkejut dan cakap dengan dia aku tak nak check in, aku just nak print boarding pass tapi dia terus memaksa. Siap suruh timbang satu-satu beg kitorang dan malangnya semua beg comply dengan berat hand carry allowance" menurut beliau.
Proses semuanya berjalan lancar sehingga waktu boarding, sampai-lah mereka masuk ke dalam pesawat kemudian ditegur oleh cabin crew tentang anaknya sama ada ada seat ataupun tidak.
Isteri lelaki berkenaan membalas yang anaknya ada seat sendiri dan meminta untuk cabin crew berikan infant belt kerana anaknya berusia 2 tahun masih menyusu badan dan risau dia tak dapat duduk diam ketika kapal terbang berlepas.
Melihat kepada situasi berkenaan, cabin crew terbabit berbincang dengan crew leader dan datang semula memberitahu infant belt tidak disediakan dan meminta untuk anaknya duduk di kerusi walaupun di website MYAirline menyatakan yang mereka "children friendly" dan akan sediakan seat belt extenders jika diminta.Tak mahu fikirkan banyak masalah, maka dia dan isteri turutkan saja.
Ketika pesawat sudah mula bergerak, kanak-kanak itu mula menangis setelah dipakaikan tali pinggang keledar dan meronta-ronta untuk duduk bersama ibunya. Dia yang mendapati anaknya mula menangis, cuba untuk letakkan anak di riba dan pakaikan seat belt.
Cabin crew tadi datang kembali dan memberi amaran kepada mereka untuk letakkan anak di tempat duduk namun dibalas sebaliknya oleh isteri untuk menyediakan mereka infant belt.
"Bagi la belt tu, at least anak I diam kalau duduk dengan I dan safety pun comply sebab dia baru je masuk 2 tahun. Untuk take off dan landing je. Masa fly nanti dia okay boleh duduk di seat dia".
Namun pihak MYAirline tetap berkeras dengan polisi mereka dan tidak membenarkan sesiapa untuk duduk lebih dari satu orang dalam satu seat. Setelah anaknya menangis tanpa henti 20 minit sebelum berlepas, penerbangan diteruskan juga dan pasangan suami isteri itu akur dengan polisi pihak penerbangan.
Setelah tiba di lapangan terbang, katanya seramai 5 orang pihak security syarikat penerbangan tersebut menahan beliau dan meminta dengan baik untuk padam semua gambar dan video yang diambil sepanjang penerbangan.
Setelah mendapat tahu situasi sebenar pegawai keselamatan MYAirline memohon maaf dan sekali lagi meminta untuk beliau padam semua gambar yang diambil namun permintaan tersebut tak diendahkan.
"Aku tak boleh padam sebab ni evidence aku kalau apa-apa jadi dekat aku, kalau aku share experience tanpa bukti aku dituduh fitnah company diorang dan aku boleh kena saman" katanya di Facebook.
Pihak keselamatan mengekori mereka sehingga ke baggage claim area dan memohon sekali lagi untuk tidak viral-kan hal tersebut atau mereka dibuang kerja. Posting ini juga turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen -- ada yang marah dengan tindakan bapa dan ada yang menyokong pihak syarikat penerbangan tersebut.
Semestinya sebagai ibu bapa kepada anak-anak kecil akan serabut bila hal ni terjadi kerana sudah tentu kita tak mahu penumpang lain juga rimas dengan pekikan anak sendiri. Tapi nak buat macam mana kan, dah namanya pengangkutan pengangkutan komersial kenalah faham.