Festival Light And Motion Putrajaya (LAMPU) Kembali Lagi

VIRAL
December 28, 2018 - 09:58 AM


LAMPU 2018 – ataupun Festival Light and Motion Putrajaya kembali lagi untuk edisi 2018. Sambil-sambil kita nak countdown ke 2019 ni, mesti ada yang dah buat perancangan nak sambut dekat mana kan?

Kalau belum ada idea, apa kata korang ke Lampu 2018 yang akan diadakan lagi tahun ini di Putrajaya sempena sambutan ambang Tahun Baharu 2019.

Seperti tahun-tahun sudah, LAMPU 2018 akan mempamerkan Grand Projection Mapping iaitu pertunjukan lampu dengan penggunaan pelbagai teknik serta teknologi visual dan audio terkini.

Untuk korang yang tak pernah ke acara LAMPU sebelum ini, dia adalah pencahayaan beresolusi tinggi dan pemetaan bercahaya berbentuk 3 dimensi yang dipancarkan ke bangunan Istana Kehakiman Putrajaya.

Tahun ini, selain daripada pertunjukan cahaya lampu yang terbesar, pengunjung boleh menikmati pelbagai makanan dan minuman di tapak Food Valley sedang berlangsung juga di Dataran Putrajaya, Presint 3 bermula 4.30 petang hingga 12.30 malam hari ini (28 Disember) sehingga 31 Disember nanti.

Selain tu, ada lebih daripada 25 aktiviti menarik yang korang boleh buat dekat sana. Untuk LAMPU 2018, diorang membawakan konsep yang sama ada pelbagai tema dan tarikan. Untuk tarikan LAMPU 2018, ada Free Standing Structure, Bulding Light Effect, LAMPU Avatar Garden, Arena E-Sukan, Hologram Street dan banyak lagilah. Nak tahu apa lagi ada, kenalah kesana ye.

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video