Festival Light And Motion 2017 Sedang Berlangsung Di Putrajaya

TRAVEL
December 29, 2017 - 10:36 AM


Sekiranya anda masih berkira-kira dan inginkan kelainan untuk menyambut tahun baru 2018 nanti, apa kata anda ke Putrajaya.

Sebabnya, bermula malam semalam, sampailah ambang tahun baru nanti, Putrajaya akan dilimpahi cahaya warna-warni sempena dengan Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) 2017.

Presiden Perbadanan Putrajaya berkata festival ini bertujuan untuk mempromosi serta menonjolkan Putrajaya sebagai bandar perintis di Malaysia yang menerapkan elemen pencahayaan bersistematik.

LAMPU 2017 akan bermula jam 7.30 malam hingga 12.20 malam dengan menampilkan pelbagai teknik dan teknologi audio serta visual terkini dan pencahayaan beresolusi tinggi dalam Pemetaan Bercahaya 3D di bangunan Istana Kehakiman.

Memasuki tahun ke 5, LAMPU 2017 memperkenalkan tarikan baharu iaitu The Kindle Farden di Laman Kiblat Walk yang membawa tema fantasi dengan gabungan dua dimensi Nusantara dan alam maya.

Untuk kemudahan pengunjung, festival yang diadakan sepanjang Persiaran Pedana, Presint 3 dan sebahagian Presint 2.

Pada malam Ambang Tahun Baharu 2018 Ahad ini, pengunjung akan dipersembahkan dengan pertunjukan bunga api secara langsung dan juga pertunjukan api digital.

Jadi, pada anda yang belum ada arah tuju malam ambang tahun baru nanti, apa lagi, ke Putrajayalah kita…!

 

Sumber : BH Online