"Gila, Cikgu Tadika Pun Macam Tu!" - Cikgu Tadika Tawar "Servis" Online, Siap Kongsi Kandungan Terlampau
TERKINISetiap platfom media sosial pasti ada sisi gelapnya. Di Twitter, segolongan pengguna melabel diri mereka sebagai satu akaun 'darkside' atau DS. Setiap akaun 'darkside' ini sering memuatnaik kandungan lucah atau sesuatu kandungan yang sukar diterima oleh orang awam.
Viral di platform Twitter satu ciapan yang mengejutkan netizen. Satu akaun DS dipercayai memuatnaik kandungan lucah dan menawarkan perkhidmatan seks secara terbuka.
Lebih mengejutkan lagi perbuatan jelek itu didakwa dibuat oleh seorang guru tadika. Perkara tersebut dibongkar oleh @TheUsopIbrahim menerusi bebenangnya menceritakan bagaimana cikgu berkenaan didakwa memuat naik kandungan berunsur lucah dan menawarkan perkhidmatan seks.
Selamat pagi semua kecuali cikgu tadika ada ds acc buat sex service. Akaun pun dah hilang. Org hantar anak g tadika doa dapat cikgu yg elok sekali dpt yg fakap habis.
— usopairies (@TheUsopIbrahim) May 22, 2023
"Selamat pagi semua kecuali cikgu tadika yang ada akaun buat sex service (perkhidmatan seks). Orang hantar anak ke tadika doa dapat cikgu yang elok sekali dapat yang seperti ini.
"Kalau kerja hakiki kau tak berkaitan dengan budak underage (bawah umur) ini aku tak peduli sangat kau nak menjual badan tetapi ini mengajar kanak-kanak tapi ada kegiatan tak bermoral baik cari kerja lain," ciapnya.
Dakwa Usop lagi, wanita berkenaan turut merakam dirinya melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam tandas premis tadika tersebut.
"Aku baru tahu lagi teruk bila dia ada record (rakam) video aksi meramas payudaranya dalam tandas tadika. Boleh dengar suara budak- budak dengan ada cikgu mengajar kat belakang. Gila babi," katanya.