"Haram Sebar Video Atau Gambar Mangsa Nahas Kapal Terbang!" - Dr Zulkifli Al Bakri

TERKINI
August 18, 2023 - 11:15 AM


Pengguna media sosial saban hari makin bertambah jumlahnya. Ramai pengguna yang berlumba-lumba dalam menyampaikan sesuatu berita tanpa mengira etika mahupun kesahihan maklumat. Semalam, negara dikejutkan dengan nafas kapal terbang terhempas di Persiaran Elmina yang meragut nyawa 10 mangsa.

Jika dieprhatikan, sebaik sahaja berita mengenai nahas tersebut diketahui umum telah banyak video yang memaparkan mangsa yang terlibat tersebar di segala pelusuk internet mahupun whatsapp.

Orang ramai sepakat berpendapat bahawa ada sesetengah pengguna yang tidak menghormati perasaan waris yang terlibat dengan nahas tersebut. Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyeru agar pengguna media sosial tidak menyebarkan gambar atau video.

Ini kerana menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, perbuatan tersebut adalah haram.

“Haram sebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam tragedi tersebut.

“Itu akan melukakan hati keluarganya, juga melibatkan maruahnya,” ciapnya di laman Twitter.

Kata Zulkifli, sabda Nabi Muhammad S.A.W dalam riwayat Muslim (2554) bermaksud “Hak setiap Muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya”.

 

Destination: