Hari-Hari Dengar Kes Curang, Tapi Lelaki Malaysia Tetap Terbukti No 1 Paling Setia Di Asia!
TERKINIMeskipun sejak kebelakangan ini kita dikejutkan dengan kes-kes kecurangan yang melibatkan artis, selebriti, influencers malah juga orang biasa -- terutama apabila suami dan laki orang yang sering 'pasang dua'.
Namun siapa sangka ada satu kajian membuktikan bahawa sebenarnya lelaki Malaysia adalah yang paling setia di Asia.
Penemuan itu berasaskan satu kaji selidik yang dijalankan oleh aplikasi janji temu atas talian yang popular di Asia, iaitu Just Dating.
Kajian tersebut menunjukkan peratusan curang di kalangan rakyat Malaysia yang menggunakan aplikasi itu antara yang paling rendah di benua Asia.
Hasilnya, rakyat Malaysia mendapat jolokan negara yang paling setia daripada aplikasi terbabit berdasarkan keputusan soal selidik itu.
Kajian tersebut turut mendapati 50 peratus responden lelaki memilih untuk memaafkan pasangan mereka yang berlaku curang.
Manakala, 70 peratus pengguna wanita dari Malaysia akan segera angkat kaki untuk keluar dari hubungan sekiranya pasangan mereka tidak setia.
Indonesia pula menduduki tempat kedua kerana 40 peratus pengguna dari negara itu mengakui pernah mengkhianati pasangan masing-masing.
Sebanyak 50 peratus pungguna dari Thailand pula mengaku pernah menduakan pasangan membuatkan negara itu menduduki tempat ketiga.
Sumber: Malaysia Dateline