[VIDEO] Dasar Suami Curang! Siap Mengaku Bosan Dengan Isteri 'Rasa' Vanilla, Teringin Selera Mangga!
TERKINI"Terus terang aku dah bosan dengan kau, kau rasa vanila sedangkan dia rasa mangga...".
Kata-kata itu diungkapkan seorang suami yang ditangkap basah bersama wanita lain terhadap isterinya dalam satu video tular di media sosial.
Kejadian dipercayai berlaku di Indonesia Timur turut mendapat reaksi negatif dalam kalangan warganet.
Menerusi video itu, wanita tersebut bertanya kepada suaminya mengapa dia tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu.
"Biar aku jelaskan, sebenarnya aku sudah bosan dengan rasa kamu. Kamu rasa vanila sedangkan dia rasa mangga," kata lelaki itu kepada isterinya.
Selain bengang dengan tindakan curang lelaki itu, warganet turut mengecam tindakannya yang dilihat merendahkan martabat wanita.
Malah, lelaki itu juga dilihat seperti sengaja menyalahkan isterinya semata-mata mahu menegakkan benang yang basah.
Sementara itu, menerusi ruangan komen video tular itu, wanita berkenaan didakwa mahu membawa perkara tersebut kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
Sumber: Majoriti