Henry Golding Bakal James Bond?

VIRAL
February 21, 2019 - 10:05 AM


Aktor popular Hollywood kelahiran Malaysia, Henry Golding dikhabarkan bakal membintangi filem aksi, James Bond.

Henry dilaporkan antara individu disebut menggantikan pelakon Daniel Craig, 50, yang akan tamat kontraknya memegang karakter perisik kasanova itu.

Bagaimanapun, menurut portal berita TMZ, bintang filem Crazy Rich Asians itu memilih untuk berdiam diri mengenai tawaran lakonan itu.

“Saya tidak boleh berkata apa-apa mengenai hal itu,” katanya.

Terdahulu pelakon berdarah kacukan Inggeris-Iban itu mencipta kejayaan di Hollywood selepas filem lakonannya, Crazy Rich Asians mencetus fenomena di seluruh dunia pada 2018.

Kalau betul bagai dikata, memang gempak la Henry! Ikut jejak kehebatan Tan Sri Michelle Yeoh. Harum lagi nama Malaysia di pentas filem dunia.

 

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video