Hertz Rental Car Kini Beroperasi di Vietnam

TERKINI
September 03, 2019 - 12:15 PM


Hertz Asia mengumumkan pelantikan New City Rent A Car sebagai rakan kongsi pemegang francais baharunya di Vietnam.

Sebagai pakar kereta sewa tempatan, New City Rent A Car menawarkan pelbagai penyelesaian pengangkutan kepada pelanggan melalui Hertz dan jenama-jenama lainnya seperti Dollar dan Thrifty.                                                               

Semua jenama kini didapati dalam Bandar Raya Ho Chi Minh, dengan pelancaran di Hanoi akan dilakukan pada lewat tahun ini. Pelanggan yang mencari perkhidmatan kereta sewa jangka pendek dan panjang di Vietnam kini akan mendapatkan manfaat daripada pelbagai pilihan seperti SUV mewah, kereta sedan dan perkhidmatan kereta sewa, seperti perkhidmatan Hertz Chauffer Drive, perkhidmatan pemandu profesional pintu ke pintu, mudah untuk transit dari lapangan terbang dan bandar, perkhidmatan separuh hari atau sepanjang hari. 

Kedua-dua pasaran perniagaan dan libur terus berkembang di Vietnam. Lebih 130,000 perniagaan baharu bermula pada tahun 2018, jumlah seluruh negara terdapat 700,000 perniagaan baharu*. Selain itu, negara ini menjangkakan akan menerima pelancong-pelancong sehingga 20 juta orang menjelang tahun 2020, adalahsatu peningkatan sebanyak 33% berbanding dengan tahun 2018*.

Eoin MacNeill, Naib Presiden untuk rantau Asia Pasifik, berkata: "Kami teruja untuk mengalu-alukan New City Rent A Car ke dalam keluarga Hertz. Hertz komited untuk menawarkan perkhidmatan kereta sewa berkualiti tinggi yang dikenali di seluruh dunia di dalam Vietnam, perkhidmatan memenuhi jangkaan pengembara perniagaan mahupun pelancong. New City Rent A Car, dengan pengetahuan yang tidak ternilai tentang budaya Vietnam dan industri akan membantu kami memenuhi komitmen ini melalui pelbagai pilihan keretasewa Hertz, Dollar dan Thrifty."

Nim Vuon Phu, Pengerusi New City Rent A Car, menambah: "Kami amat gembira untuk memulakan operasi Hertz, Dollar dan Thrifty dalam pasaran yang berkembang maju ini, menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan tempatan dan antarabangsa dengan keperluan dan keutamaan pengangkutan yang berbeza. Selain pilihan sewa kereta kami mempunyai pelbagai pilihan, perkhidmatan seperti Hertz Chauffer Drive akan membantu kami menawarkan perkhidmatan kepada komuniti perniagaan kami yang semakin berkembang selain pengembara antarabangsa yang memilih untuk tidak memandu."

Bagi meraikan pelancaran ini, diskaun sebanyak 15% untuk Hertz Chauffeur Drive di Vietnam disediakan kepada pelanggan yang menempah secara dalam talian sebelum 30 September 2019 dan menggunakan perkhidmatan ini sebelum 31 Oktober 2019.

Untuk maklumat lanjut dan untuk menyewa kereta di Vietnam, pelanggan boleh mengunjungi www.hertz.com/launchpromo/vn atau emel [email protected].