Lelaki Kongsi Pengalaman Tersangkut Dalam Kereta Kabel Tertinggi Di Dunia Selama 3 Jam!
TERKINIVietnam terkenal dengan keindahan semulajadinya dan sering menjadi pilihan pelancong dari Malaysia. Antara yang menjadi tarikan di sana adalah beberapa kereta kabel yang boleh dikatakan antara yang tertinggi di dunia! Salah satunya Fansipan Cable Car yang melalui pergunungan Hoang Lien Son.
Namun siapa sangka, pengalaman yang menakjubkan untuk menyaksikan keindahan alam bertukar menjadi igauan ngeri apabila salah satu kereta kabel yang dinaiki pengunjung berhenti dengan mengejut! Berpunca dari terputusnya bekalan elektrik.
@fully.fledged Stuck in a cable car for 3 hours in a Vietnam, I don’t think I’m getting into a cable car ever again 🇻🇳 #f#fypf#foryouv#vietnam ♬ original sound - fully.fledged
Video yang dikongsikan @fully.fledged berjaya menarik perhatian orang ramai. Lebih-lebih lagi mereka yang gayat akan ketinggian. Berdasarkan video, cukup jelas bahawa mereka berada pada ketinggian yang agak tinggi kerana berlatarbelakangkan langit.
Menurut pemuda tersebut, mereka "digantung tak bertali" selama 3 jam. Tanpa sebarang makanan dan juga talian telefon. Biarpun berada di dalam keadaan yang agak mencemaskan, mereka berjaya menempuhnya dengan penuh ketenangan.
Amacam? Nak naik cable car lagi tak lepasni?