HTAR Klang Didakwa Cuai Sebabkan Kematian Kanak-Kanak 10 Tahun?
TERKINI"Bagaimana pesakit yang didakwa hidup dan diambil darah dilaporkan telah mati ketika sampai ke hospital (brought in death) dalam laporan polis?"
Itu yang menjadi persoalan terhadap kes terbaharu yang berlaku kepada seorang kanak-kanak malang berusia 10 tahun, Dea Maisarah yang meninggal dunia selepas dibawa oleh bapanya ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk mendapatkan rawatan kerana demam dan selsema.
Berikut merupakan kronologi kes yang dikongsikan oleh Yuseri Yusoff.
KRONOLOGI KES
- Adik Dea Maisarah, 10 tahun adalah anak kepada En. Bada yang seorang peniaga kiosk makanan di Klang.
- Pada 9 Julai, adik Dea Maisarah telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang untuk mendapatkan rawatan kerana demam dan selsema.
- Doktor bertindak mengabaikan adik Dea Maisarah lebih kurang 40 minit sebelum kadar oksigen menurun.
- Selepas diberi bantuan pernafasan adik Dea Maisarah telah diikat kaki dan tangan kerana arwah dikatakan meronta semasa doktor cuba ambil darah.
- Selepas darah diambil Dea Maisarah kaku dan dikatakan meninggal dunia dan kakitangan hospital bertindak membuat laporan Polis mengatakan Dea Maisarah telah mati ketika dibawa ke hospital (Brought In Death) kerana kecuaian keluarga.
- Hari ini anak En. Bada, esok lusa ia boleh berlaku ke atas sesiapa saja. Pihak hospital bukan sahaja cuai malah bertindak membuat laporan pals dan meletakkan kesalahan ke atas keluarga.
- Bantu En. Bada untuk mendapatkan keadilan di Mahkamah Tinggi untuk memberi mesej kepada doktor dan hospital bahawa rakyat hari ini bukan naif kerana doctor don't always know the best.
RESPON PIHAK HOSPITAL - SIASATAN AKAN DIJALANKAN
Sementara itu, memetik laporan berita daripada BERNAMA -- pihak HTAR Klang akan menjalankan siasatan berhubung kes kematian tersebut.
Pengarahnya, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata kanak-kanak itu hadir ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAR bersama bapanya pada 9 Julai lalu.
"Keadaan pesakit (kanak-kanak) semasa di HTAR dalam keadaan lemah. Pesakit sudah diberikan rawatan yang sewajarnya oleh pakar perubatan kecemasan, namun, pesakit tidak dapat diselamatkan.
"Punca kematian masih dalam siasatan Jabatan Perubatan Forensik HTAR," katanya dalam kenyataan.
Menurut Dr Zulkarnain, pihaknya bersimpati dengan perkara dilalui keluarga Allahyarham dan akan berhubung dengan pihak keluarga untuk perbincangan lebih lanjut mengenai kes itu.
Sumber: MyNewsHub & BERNAMA