Susulan Kes Pandu Lawan Arus Mengakibatkan Dua Orang Terkorban, Pelaku Didakwa Sebabkan Kematian

TERKINI
September 20, 2021 - 02:14 PM


Seorang pegawai pemasaran pengangkutan bernama K Devaaswin yang baru berumur 24 tahun yang memandu kenderaan secara melawan arus sehingga menyebabkan dua remaja terkorban di kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan, 12 Setember lalu didakwa atas tuduhan membunuh di Mahkamah Majistret Shah Alam, di sini hari ini.

K Devaaswin, 24, hanya menundukkan kepala dan mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Faizah Abdul Sani.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkod daripada tertuduh selepas dua pertuduhan dibaca secara berasingan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Devaaswin didakwa melakukan kesalahan membunuh terhadap Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, dan Nur Afiqah Abdul Karim, 18, di kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan arah Klang ke Kuala Lumpur pada jam 1.50 pagi, 12 September lalu.

Atas kesalahan itu, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati. Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 21 Oktober depan untuk serahan laporan kimia serta bedah siasat.

Dalam kejadian awal pagi Ahad itu, dua maut apabila kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu melawan arus di Kilometer 8.5 Lebuhraya Persekutuan.

Sumber: Astro Awani

 

Destination: