'Pantang Maut Sebelum Ajal' - Siapa Sangka Pemandu Myvi Kuning Yang Hancur Ini Boleh Selamat!

TERKINI
September 06, 2021 - 09:26 PM


Betul bak kata bidalan "berpantang maut sebelum ajal".

Itu yang dapat digambarkan kepada seorang pemandu Myvi berwarna kuning yang viral videonya di media sosial apabila terselamat, meskipun terlibat dalam sebuah kemalangan ngeri dilanggar lori sehingga kemek!

Video viral menunjukkan kemalangan ngeri yang melibatkan 7 buah kereta dan sebuah lori itu kini dilihat tersebar luas di media sosial dan ia dipercayai berlaku di Jalan Ipoh, Sentul, Kuala Lumpur pada petang Isnin.

Beberapa video rakaman dashcam dari sudut yang berbeza juga menyaksikan gambaran penuh bagaimana kemalangan itu boleh berlaku.

Rakaman menunjukkan kemalangan berpunca daripada sebuah lori besar yang dipercayai hilang kawalan dan merempuh kereta-kereta yang sedang menunggu lampu isyarat.

Rempuhan kuat itu mengakibatkan sebanyak 7 kereta kemalangan dan yang paling teruk terkesan adalah kereta Myvi kuning yang betul-betul berada di depan lori berkenaan, sehingga ia kemek dan hampir musnah.

Jika dilihat pada keadaan fizikal kereta tersebut yang hancur, pasti ramai yang tidak menyangka pemandunya boleh selamat.

Namun, lelaki itu sangat bernasib baik kerana masih bernyawa dan dilihat berjaya keluar daripada kenderaannya dengan dibantu orang ramai.

Sehingga artikel ini ditulis, tiada kematian direkodkan setakat ini.

Sumber: The Rakyat Post

Destination: