"Ibu, Nanti Kakak Masuk Neraka Sorang Ke?" - Ibu Kongsi Cerita Sebenar Insiden Kakak Tertikam Adik
TERKINIMinggu lepas, negara dikejutkan dengan satu insiden di mana seorang remaja perempuan tertikam adik lelakinya di rumah. Kejadian berlaku di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, Iskandar Puteri.
Pada awalnya, kejadian dipercayai berpunca daripada pergaduhan antara kedua beradik yang berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah sebelum berlarutan sehingga berlaku satu insiden yang tidak diingini.
Terkini, viral di platform TikTok, video yang memaparkan ibu kepada kedua beradik yang terlibat itu tampil berkongsi semula apa yang berlaku melalui satu sesi temu bual.
@lirahs.dhom Kes Kakak tikam mati adik di johor #kesviralterkini #kakaktikamadik #kakaktikamadikjohor #fypシ #fyp #viralvideo #999 #masukberanda #gegarvaganza9 #gv9 #alfatihah ♬ original sound - 𝙃𝙖𝙧𝙞𝙚𝙮𝙡 - 𝕷𝖎𝖗𝖆𝖍𝖘.𝕯𝖍𝖔𝖒
Jelas menerusi video tersebut, si ibu menceritakan bahawa suspek tidak sengaja menikam adik lelakinya. Dan insiden berebut tempat duduk kereta seperti yang didakwa pada awalnya tidak berlaku. Sebaliknya berlaku perselisihan faham antara mereka.
Si ibu ceritakan semula apa yang berlaku secara terperinci. Pada awalnya beliau terkejut apabila saspek memanggilnya secara tiba-tiba dan melihat anak lelakinya yang sedang berlumuran darah.
Jelasnya lagi, selepas dia membaling pisau berkenaan sehingga mengenai bahagian leher adik lelakinya, si kakak terus menangis, panik dan berkali-kali menyalahkan dirinya selain tidak henti-henti meminta maaf.