Iklan Terbalik, Strategi Pemasaran Yang Bekesan

TERKINI
November 14, 2017 - 12:08 PM


Baru-baru ini, pengguna lebuhraya di sekitar Lembah Klang dikejutkan dengan papan iklan sebuah produk yang menimbulkan tanda tanya.

Papan iklan tersebut, yang memeparkan seorang lelaki bersongkok serta berbaju Melayu telah dipasang secara terbalik.

Pada mulanya, netizen menyangka bahawa ia adalah kesilapan pada pemasangan iklan, namun sebenarnya iklan terbalik itu juga dilihat di beberapa lokasi lain di lebuh raya sekita Lembah Klang.

Jika pemasangan secara terbalik itu merupakan strategi pemasaran syarikat yang mempromosikan produk minuman tambahan dan mencerahkan kulit tersebut, ia adalah satu idea yang sangat bernas.

Apa taknya, zaman viral ni segalanya akan dikongsi di media sosial. Dan apabila gambar papan iklan terbalik ini dimuat naik di Facebook, secara tidak langsung produk berkenaan mendapat pendedahan.

Bila dah upload di Facebook, mesti akan ada yang google untuk mencari maklumat tentang produk berkenaan. Namun, ada juga yang mempersoalkan kewajaran iklan terbalik tersebut kerana khuatir boleh menyebabkan kemalangan.

Iyelah, bila masing-masing leka nak baca, tak kurang jugak yang keluarkan handphone untuk snap gambar. Kan tumpuan mereka terganggu tu…

 

Sumber : mStar