Ingat Kartun Pasal Dinosaur, Rupanya Ada Unsur LGBT! Ibu Bapa Disarankan Pantau Bahan Tonton Anak

TERKINI
July 29, 2022 - 04:46 PM


Apa tujuan sebenar mereka semua ini? Kebelakangan ini, banyak filem atau siri yang cuba menonjolkan unsur-unsur LGBT khususnya terhadapa kanak-kanak.

Terbaharu, siri animasi Jurassic Park: Camp Cretaceous yang sedang ditayangkan di platform penstriman Netflix.

Seorang ibu luahkan pendapat jelasnya, ketika bersama dua anak lelaki, dia terkejut dengan pengisian filem animasi tersebut  memaparkan babak yang tidak seharusnya ada terutamanya bahan tontonan anak.

“Saya terkejut apabila salah satu watak wanita animasi itu, Yaz mula mengakui perasaannya terhadap seorang gadis lain, Sammy.

“Kenapa saluran televisyen terbabit tidak menukar filem animasi itu kepada bahagian kandungan matang. Saya kecewa dengan semua rancangan moden yang mendorong idea homoseksual kepada kanak-kanak,” jelasnya.

Tambahnya lagi, fikiran anak-anak masih terbentuk dan tidak memerlukan rancangan seperti itu untuk memberitahu keadaan dunia ketika ini.

Katanya, menonton rancangan di saluran tersebut adalah untuk dihiburkan bukan untuk diserang dengan idea atau agenda politik yang tidak sepatutnya.

“Rupa-rupanya filem animasi itu berkisar tentang hubungan cinta lesbian dan saya dimaklumkan bahawa mereka menjadi ‘agak fizikal’ dalam salah satu episod.

“Saya kini telah menyekat rancangan itu daripada profil kanak-kanak. Tetapi, saya masih ada benda yang ingin dipersoalkan, siapa yang mengaut keuntungan daripada ini? Dan berapa banyak?”

Biarpun siri ini dikelaskan sebagai siri kanak-kanak, namun unsur LGBT yang diselitkan sangatlah tidak wajar. Ibu bapa harus mainkan peranan dalam memantau dan melindungi anak-anak dari perkara sebegini.

Destination: