
Isu Jantina Nur Sajat, JAKIM Akhirnya Masuk Campur
VIRALWalaupun sering menafikan yang dirinya itu asalnya seorang lelaki, Nur Sajat boleh dikatakan setiap hari menerima pelbagai bentuk kecaman dan tidak kurang juga yang masih mempersoalkan jantina beliau.
Hampir setiap hari juga netizen tertanya mengapa pihak sepatutnya tidak mahu mengambil tindakan untuk mengetahui hal sebenar.

Semalam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi seorang pegawainya yang merupakan pakar dalam isu LGBT telah menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Sajat. Menerusi posting di Facebook ini, beliau berkata pihaknya mahu membantu dari segi khidmat nasihat kepada Sajat berkenaan isu kekeliruan jantina.
Pertemuan ini juga dipersetujui oleh Ketua Pengarah JAKIM, Tan Sri Dato’ Othman Bin Mustapha yang turut ingin membantu Sajat dalam isu kecelaruan identitinya.
Nampaknya, segala persoalan serta kerisauan netizen tentang Sajat bakal terjawab. Dan harapnya Sajat sudilah berjumpa dengan Dr. Izwan nanti.
Sumber : mStar
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video