"Isu Rumah Tangga, Saya Serahkan Kepada Peguam" - Musa Hassan Beri Penjelasan
TERKINIBekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengarahkan peguamnya untuk membawa isu berhubung masalah rumah tangganya ke Mahkamah Syariah.
Perempuan memang ditakdirkan mempunyai keberanian lebih dari lelaki. Dia tak peduli la kau ayahanda ke mantan Ketua Polis Negara ke semua dia tak heran. pic.twitter.com/3hCZipa5LX
— Mak Cik Bawang (@makcikbawangmu) March 7, 2023
Musa berkata, tindakan berkenaan diambil adalah untuk tidak mengaibkan mana-mana pihak dan permohonan sedang dilakukan oleh peguamnya kepada Mahkamah Syariah berhubung perlakuan isteri terhadap dirinya.
“Saya lebih selesa dengan proses keadilan perlu melalui undang-undang dan Mahkamah. Isu rumah tangga ini, saya serahkan kepada peguam saya untuk bawanya ke Mahkamah Syariah.
“Sudah tentu saya ada sebab tertentu untuk meneruskan aduan berkaitan isteri saya kepada Mahkamah Syariah jadi biarlah Mahkamah menentukannya,” katanya, di sini.
Katanya, isu berhubung masalah rumah tangganya telah berlarutan sejak tiga tahun lalu.
“Saya juga tidak tinggal serumah dengan isteri sejak enam bulan lalu.
Tambahnya, beliau telah membuat laporan polis pada 1 Mac lalu, dan akan memberi kerjasama dalam membantu siasatan berhubung kes tersebut.
“Saya akan membenarkan pihak polis menjalankan siasatan, tidak perlu saya beri penerangan kepada pihak media sebab semua orang sudah tahu laporan pun sudah diviralkan biar pihak polis jalankan siasatan,” ujarnya.