Isu Ustazah Label Suami "Dayus" Izinkan Doktor Lelaki Sambut Kelahiran Anak, Ini Jawapan UAI!
TERKINIKecoh di semua platform media sosial, dimana Ustazah Siti Afifah Shahbudin yang berani melabel para suami lelaki ‘dayus’ jika mengizinkan doktor lelaki menyambut kelahiran anak mereka. Kenyataan tersebut ternyata membuat netizen berasa marah dan terhina
Tidak menunggu lama, Ustaz Azhar Idrus tampil membidas kenyataan tersebut melalui satu video yang dimuatnaik di TikTok.
@ustazazharidrus SUAMI DAYUS BENARKAN ISTERI BERANAK DENGAN DOKTOR LELAKI? @Ustaz Azhar Idrus #ustazazharidrusofficial #ustazazharidrus #uaioriginal #fyp #fypシ #uai ♬ Calm Humming - Nasheed
Jelas berdasarkan video tersebut, UAI menjelaskan isteri bersalin dengan doktor lelaki tidak haram sekiranya tiada doktor perempuan kerana saat itu melibatkan isu hidup dan mati dua nyawa iaitu ibu dan anak
“Orang yang ada duit, pergi dekat doktor perempuan di swasta. Dia boleh la (bayar), sekali beranak sampai RM7,000 hingga RM8,000. Kalau yang cukup-cukup makan, nak cari mana duit tu. Itu yang pergi hospital kerajaan.” kata Ustaz Azhar Idrus
Selain, hukum haram boleh berubah dalam perubatan sekiranya darurat. Bukan itu sahaja, dia juga menegaskan hanya mereka yang berkemampuan sahaja boleh membayar kos hospital swasta yang tinggi manakala bagi keluarga yang sekadar cukup makan, semestinya hospital kerajaan sahaja pilihan yang ada.