"Jadi Smart Macam Daddy. Berjimba Tak Perlu Share Di Media Sosial" - Azhar Sulaiman Beri Tips Untuk Leona

TERKINI
May 31, 2023 - 06:05 PM


Kasih Iris Leona, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman memuat naik videonya bermandi-manda bersama rakan-rakannya beberapa hari lalu mengundang perhatian ramai apabila dia berpenampilan bikini berwarna putih. 

Orang ramai terkejut dengan penampilan Leona kali ini yang lebih berani walaupun sebelum ini kerap kali ditegur netizen tentang pemakaiannya. Walaupun pemandangan tersebut sudah menjadi kebiasaan di luar negara, ramai menasihatkan Leona dari memakai pakaian yang lebih terdedah selain perlu menjaga maruah diri dan keluarga. 

@theazharsulaiman

Please be smart like me Leona…..!

♬ original sound - AzharSulaiman

Bapa Leona, Azhar Sulaiman bersyukur anak perempuannya telah memadamkan video kontroversi berkenaan berikutan ramai yang mengecam dipenuhi dengan komen lelaki-lelaki gatal. Azhar turut titipkan 'nasihat' kepada Leona bagaimana dia masih bertahan dalam industri hiburan sehingga kini.

"First of all, kena smart. Kebanyakan orang yang mengikuti kita adalah orang Melayu dan Muslim. Jadi kena sensitif dengan content yang nak dikongsikan.

"Kedua, jadi smart macam daddy. Kalau daddy nak pergi parti ke, berjimba ke, private party ke, daddy tak share di media sosial. So I'm smart you know and you pun also do the same lah" kata Azhar.

Tambah beliau lagi, jangan beritahu perkara tersebut kepada ibu kerana ibunya tak mempunyai akaun Tiktok dan memesan Leona supaya jaga diri dan jadi budak baik.

Ramai yang memuji tindakan Azhar dalam menasihati anaknya walaupun dalam nada yang bersantai dan ada yang berpendapat beliau harus tegas dan garang dalam mendidik anak.

Walau di mana kita berada, kenalah jaga perlakuan, pakaian dan maruah walaupun bukan di dalam negara sendiri. Apa-apa hal pun, kudos to Azhar Sulaiman yang berani tampil menegur anak di khalayak ramai.