"Janganlah Gelakkan Kami Yang Kerja Bagai Nak Rak Tapi Belum Ada Harta!" - Ramai Kecewa Dengan Kenyataan Janna Nick

TERKINI
April 04, 2023 - 12:43 PM


Kecoh didebatkan oleh netizen susulan kenyataan dari Janna Nick yang kononnya didakwa merendahkan generasi kini yang inginkan 'work-life balance'. Host Podcast Studio Sembang, aktres Amelia Henderson tampil mempertahankan rakan artis, Janna Nick sekali gus menyangkal dakwaan ramai kononnya pelakon itu memandang rendah golongan yang mementingkan keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan.

Amelia, 27, menjelaskan, Janna tiada niat untuk mentertawakan golongan yang berusaha keras dalam pekerjaan tersebut sebaliknya berasa lucu dengan kerja yang pernah dilakukannya  untuk mencapai kehidupan seimbang seperti hari ini.

“Janna tidak gelakkan sesiapa yang mahu capai keseimbangan dalam kehidupan.

“Dia ketawa kerana melihat semula kerja keras yang dilakukan sebelum ini untuk memiliki kehidupan dan pekerjaan yang stabil ketika ini,” katanya dalam satu ciapan Twitter semalam.

Cuba meredakan situasi, Amelia menjelaskan memahami kehidupan individu yang bekerja keras untuk menampung kehidupan atau demi sesuap nasi.

Dia juga menerima setiap pandangan ramai dengan positif dan turut bersetuju dengan setiap hal yang dikongsi Janna.

“Sebelum mempunyai ruang nak fikirkan keseimbangan dalam kehidupan dan kerja, anda perlu fikirkan dulu, bagaimana untuk meletakkan makanan di atas meja untuk diri sendiri dan keluarga. Dari situlah Janna muncul.

“Kita semua ada pendapat, terdapat orang yang tak kejar wang ringgit dalam hidup, itu semua okey sahaja.

“Namun episod kali ini tentang perjalanan hidup Janna. Saya setuju dengan apa yang dia cakap sebab merasakan ada juga orang di luar sana melakukan hal sama,” jelasnya.

Dalam bebenang ciapan sama, bintang Kisah Cinta Kita itu juga khalayak berfikiran positif menghadam kandungan temu bualnya bersama Janna. Dia bagaimanapun menyerahkan penilaian baik buruk kepada orang ramai.

“Ambil hal yang positif sahaja. Okey sahaja jika tidak setuju dengan pendapat ini.

“Pendapat anda yang sesuai untuk diri sendiri.

“Ini hanyalah satu perbezaan dan jika tidak sesuai, tiada siapa yang memaksa anda untuk bersetuju okey?” ujarnya panjang lebar.

Sementara itu, dalam Twitter, segelintir netizen berpendapat Janna memang menyebut tentang generasi sekarang selain tersinggung dengan ‘babak’ ketawa aktres tersebut.

 

Destination: