
"Ada Pihak Nak Jatuhkan Ustaz Ni" - Ustaz Wadi Annuar Perjelas Isu Baca Doa Ketika Majlis Resepsi Janna Nick
VIRALJune 12, 2023 - 03:43 PM
Sekali lagi, nama pendakwah bebas Ustaz Wadi Annuar menjadi bualan netizen apabila dia dijemput untuk membacakan doa ketika majlis resepsi selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann. Ramai berpendapat, tindakan Ustaz itu tidak kena dengan statusnya sebagai seorang pendakwah.
@ar.rayyan.channel #ustazwadiannuar #murabbiummah #jannanick #dinischatzmann ♬ Astaghfirullah (Cover)
Teruk diftnah oleh segelintir netizen, Ustaz Wadi menjawab persoalan orang ramai dengan menyatakan bahawa dia dijemput oleh pihak tuan rumah untuk menghadiri majlis perkahwinan dan bacaan doa.
Jelasnya, ketika tiba di majlis tersebut, dia tidak melihat pengantin lelaki mahupun perempuan lagi sebelum diminta pihak penganjur untuk duduk di suatu tempat.
@wardatulsakinah_ ustaz Wadi anuar beri penjelasan isu di majlis perkahwinan Janna nick..semoga netizen jgn bersangka buruk dan terus doakan yg baik2 saja utk ustaz kesayangan rakyat Malaysia #ustazwadiannuar ♬ original sound - Nana Bella
“Selepas lebih kurang 10 minit, pengerusi majlis buat pembukaan sedikit dan mengumumkan untuk saya baca doa. Ketika itu, pengantin tiada lagi.
“Kemudian, selesai membaca doa, pengerusi majlis umum perarakan masuk pengantin dari hujung sana. Saya pun tengok dan terus beritahu pembantu saya, lepas ini kita kena terus balik.
“Jadi saya ambil keputusan tidak makan, tidak bergambar, tidak bersama dengan tentatif sehingga ke akhir majlis. Saya buat keputusan untuk terus balik,” katanya dalam siaran langsung di akaun TikToknya, hari ini.
Tambahnya, dia tidak tahu apa yang akan berlaku dalam majlis itu kerana dijemput hanya untuk makan kenduri dan bacaan doa.
“Apabila melihat keadaan sebegitu, saya terus ajak pembantu saya beransur selepas pengantin beredar dan memang kami balik pun. Boleh tanya penganjur.
“Itu yang diajar oleh agama Islam, iaitu tidak memalukan orang, tidak menimbulkan persepsi yang negatif, tidak menjatuhkan tuduhan dan fitnah pada orang.
“Hukum tetap hukum tetapi pada masa yang sama kita tidak mahu keruhkan keadaan.
“Alhamdulillah semuanya tenang, pengantin pun ok tidak rasa apa-apa, saya pun menghadiri kenduri kahwin wajib. Apabila saya sampai, baru saya tahu keadaan disitu dan kemudiannya beredar,” ujarnya.
Destination: