Jika Anda Nak Balik Kampung, Rancang Perjalanan Anda Ikut Waktu Ini....

TERKINI
December 19, 2017 - 04:25 PM


Menjelang 10 hari terakhir bulan DIsember, sudah tentu ramai ibu-bapa yang berkira-kira untuk pulang ke kampung kan?

Jika anda ada rancang untuk memandu pulang ke kampung halaman, ini Waze ada sediakan data untuk rujukan anda.

Menurut statistik trafik pada tahun 2016, Waze menjangkakan pada tahun ini, trafik akan sesak pada 22 Disember ini daripada jam 1 petang hingga 3 petang.

Jadi, sekiranya anda ada merancang perjalanan pada waktu tersebut, apa kata anda awalkan, atau lewatkan sikit untuk mengelak waktu puncak ini.

Selain itu, ini ada senarai tarikh dan hari beserta dengan waktu puncak (trafik sesak).

Jumaat 22 Disember : 1pm hingga 3pm

Sabtu 23 Disember : 5pm hingga 7pm

Ahad dan Isnin, 24 dan 25 Disember : 12pm hingga 2 pm

Selasa 26 Disember : 2pm hingga 4 pm

Rabu dan Khamis, 27 dan 28 Disember : 1pm hingga 3 pm

Jumaat 29 Disember : 12pm hingga 2 pm

Sabtu 30 Disember : 3pm hingga 5pm

Ahad dan Isnin, 31 Disember dan 1 Jan : 12 pm – 2 pm

Selasa 2 Jan : 2pm – 4 pm

 

Ini adalah anggaran waktu puncak daripada Waze berdasarkan statistik trafik dalam masa satu jam pada 2016.

Selain itu, jika korang nak elak trafik yang sesak, anda boleh guna Waze’s Planned Drive.

 

Pilih Menu > Planned Drive > Add Drive > Cari destinasi > Pilih masa dan Tarikh untuk tiba di lokasi > save.

 

Selamat pulang ke kampung dan berhati-hati di jalan raya.

 

Sumber : The Sun Daily