[VIDEO] Jom Join Acara Unik "Keretapi Sarong" Semarak Sambutan Hari Malaysia 16 September Ni

TERKINI
September 13, 2022 - 06:16 PM


16 September ini sempena cuti Hari Malaysia korang buat apa je?

Kalau tiada sebarang rancangan, apa kata korang join "Keretapi Sarong 2022" -- sebuah program flash mob atau persembahan kilat berkumpulan bagi menyemarakkan sambutan Hari Malaysia yang dah 2 tahun tidak diadakan akibat Covid-19.

Tahun ini Keretapi Sarong kembali lagi dengan tema 'Retro Kuala Lumpur'!

Sesiapa sahaja boleh menyertainya dan lebih menarik jika korang boleh hadir dengan pakaian bertema dan jangan lupa bawa atau pakai sekali kain sarung sama ada batik atau pelikat sebagai simbolik kebudayaan warisan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Untuk tahun ini, persembahan akan bermula serentak di 7 stesen tren RapidKL dan Express Rail Link (ERL) dengan diketuai kumpulan sukarelawan di setiap lokasi menuju ke lokasi akhir yang dirahsiakan.

Stesen terbabit ialah Transit Aliran Ringan (LRT) Subang Jaya, Transit Aliran Massa (MRT) Bandar Utama, LRT Gombak, LRT Ampang, MRT Kajang.

Pada tahun ini, beberapa lagi stesen permulaan turut ditambah iaitu Stesen KLIA Transit di KLIA dan Putrajaya serta Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB ) KL Sentral bagi meluaskan rangkaian peserta.

Stesen Sentral Kuala Lumpur pula akan menjadi stesen permulaan dan perjumpaan bagi peserta yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter dan KLIA Transit dari stesen masing-masing.

Buat pertama kalinya juga Keratapi Sarong tahun ini akan berlangsung serentak di Ipoh, Perak yang dijangka diadakan di Stesen KTMB Ipoh dengan kerjasama Kelab Sosial Ipoh.

Pihak penganjur menyasarkan penyertaan lebih 5,000 orang susulan pertambahan rangkaian stesen tren sebagai stesen permulaan.

Pelbagai aktiviti akan dilakukan seperti nyanyian lagu rakyat, tarian tradisional (Joget Lambak), permainan tradisional, persembahan, kuiz, dan beberapa pertandingan, akan berlangsung di stesen dan lokasi akhir.

Selain itu, semasa anda dalam perjalanan ke destinasi, terdapat juga persembahan nyanyian dan tarian di setiap kereta api.

Program Keretapi Sarong kendalian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) LOCCO dimulakan sekitar 2012 dan pada tahun ini program berkenaan turut mendapat kerjasama Kementerian Pengangkutan dan agensi di bawah kementerian itu iaitu KTMB, Prasarana Berhad, MRT Corporation, ERL dan Malaysia Airports Holdings Berhad.

VIDEO TIPS JOIN KERETAPI SARONG 2022 

@locco.my Tak pernah join Keretapi Sarong? Ini panduan umum untuk #KeretapiSarong22. Jumpa korang 16 September nanti! #keretapisarong #harimalaysia2022 #harimalaysia #retrokualalumpur #retro #fyp ♬ original sound - LOCCO 🇲🇾
Destination: