Hari Kebangsaan : Semua Perkhidmatan Rapid KL Bermula Seawal 4 Pagi & Dilanjutkan Sehingga 2 Pagi

TERKINI
August 28, 2023 - 12:10 PM


Perkhidmatan rel dan bas milik Rapid KL akan dilanjutkan pada 30 dan 31 Ogos ini bagi memberi kemudahan kepada orang ramai untuk meraikan sambutan kemerdekaan.

Prasarana Malaysia Berhad berkata, pada malam 30 Ogos -- perkhidmatan bagi beberapa stesen LRT, MRT dan Monorel terpilih akan dilanjutkan sehingga pukul 2 pagi.

Katanya, jumlah dan kekerapan tren akan dinilai dan diselaras berdasarkan pemantauan dan keperluan oleh pihak operasi.

“Jumlah orang ramai di malam ambang kemerdekaan dijangka meningkat, terutama sekali di kawasan sekitar KLCC.

“Justeru, para penumpang diminta menggunakan stesen-stesen alternatif yang berhampiran, iaitu stesen LRT/MRT Ampang Park dan stesen Persiaran KLCC untuk mengelak kesesakan,” katanya dalam kenyataan pada 25 Ogos.

30 OGOS

Untuk malam 30 Ogos, sebanyak enam stesen rel akan dilanjutkan perkhidmatannya sehingga pukul 2 pagi, iaitu:

  • Stesen KLCC (LRT Laluan Kelana Jaya)
  • Stesen Ampang Park (LRT Laluan Kelana Jaya dan MRT Laluan Putrajaya)
  • Stesen Persiaran KLCC (MRT Laluan Putrajaya)
  • Stesen Pasar Seni (LRT Laluan Kelana Jaya dan MRT Laluan Kajang)
  • Stesen Bukit Bintang (MRT Laluan Kajang dan Monorel)
  • Stesen Masjid Jamek (LRT Laluan Kelana Jaya dan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling)

Menurut Prasarana, stesen-stesen sambungan akan turut dilanjutkan waktu operasi bagi membawa penumpang ke destinasi akhir.

Stesen-stesen rel lain pula akan menamatkan operasi mengikut jadual biasa, namun penumpang masih boleh keluar di mana-mana stesen destinasi bagi meneruskan perjalanan.

Bagi perkhidmatan bas Rapid KL pula, 22 laluan terpilih juga akan dilanjutkan operasi sehingga pukul 2 pagi. Senarainya seperti berikut:

31 OGOS 

Untuk sambutan kemerdekaan pada 31 Ogos pula, semua perkhidmatan LRT, MRT dan Monorel akan memulakan operasi lebih awal pada pukul 4 pagi.

Begitu juga dengan 101 laluan bas Rapid KL. Rujuk laman web Rapid KL untuk senarai bas yang terlibat.

Malah, menurut Prasarana, sebanyak 50 buah bas perantara percuma dari stesen MRT Putrajaya Sentral juga disediakan dan akan melibatkan tiga laluan, iaitu: 

“Perkhidmatan nas Nadiputra laluan MS04 di bawah kendalian Rapid KL akan turut beroperasi dari pukul 4 pagi sehingga 2 petang.

“Laluan ini akan bermula dari Lobi Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ke Jalan Tun Hussein, Presint 3,” katanya.

Jelas Prasarana lagi, terdapat juga laluan bas 451 dari Stesen MRT Kajang ke Stesen Putrajaya Sentral.

Perkhidmatan itu akan berlepas setiap jam dari Stesen MRT Kajang bermula pukul 5.30 pagi sehingga 1.30 petang manakala laluan dari Putrajaya Sentral akan bermula pada 6.30 pagi sehingga 2.30 petang dengan tambang RM1.00.

Sempena sambutan Hari Kebangsaan, laluan 451 akan hanya melalui Hentian Kajang, Jalan Tun Hussein Presint 3 dan berakhir di MRT Putrajaya Sentral.

Sumber: RELEVAN

Destination: