Mula Kerja Hari Pertama Anthony Loke Terus Naik LRT Waktu 'Peak Hour', Barulah Betul Nak Jaga Pengangkutan!

TERKINI
December 06, 2022 - 12:48 PM


Tidak menunggu lama, Anthony Loke Siew Fook memulakan tinjauan bagi menilai situasi sebenar perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya.

Dalam kemas kini di Facebook, Loke memaklumkan beliau membuat tinjauan itu sendirian semasa waktu puncak, antara jam 5 hingga 7 petang Isnin (5 Disember).

Menerusi beberapa gambar yang turut dimuat naik, dapat dilihat kehadiran Loke yang hanya mengenakan kemeja kasual lengkap dengan topi dan pelitup muka, bukan sahaja tidak disedari orang awam, malah polis bantuan yang berada di stesen LRT berkenaan.

"Petang tadi, saya meluangkan masa 2 jam untuk meninjau keadaan sebenar perkhidmatan LRT KJ line semasa peak hour di antara pukul 5-7 petang.

"Keadaan cukup sesak dalam tren dan sudah tentu tidak selesa kepada penumpang.

"Saya tidak memaklumkan kepada pihak pengurusan Prasarana dan pihak media kerana saya nak mengalami sendiri keadaan sebenar seperti penumpang-penumpang biasa untuk merasai apa yang mereka perlu lalui setiap hari," tulisnya.

Di akhir hantaran itu, Loke memaklumkan akan mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Prasarana dalam minggu ini juga bagi membincangkan hala tuju dan cara untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam.

Destination: