"Aku Nak Belasah Kepala Korang" - Promote Event Macam Cari Gaduh, Rosyam Nor & Rina Harun Teruk Dikecam!

TERKINI
September 14, 2022 - 03:29 PM


Hari ini nama pelakon lelaki terkenal negara, Rosyam Nor dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun terus menjadi trending di media sosial gara-gara sebuah video viral yang mengundang kecaman netizen.

Semalam (13 Sept) -- tular di media sosial TikTok dan juga Twitter apabila video memaparkan Rosyam Nor meminta orang ramai untuk hadir ke sebuah program anjuran kementerian berkenaan yang dilihat turut dihadiri Rina Harun.

Namun, apa yang menjadi tumpuan netizen adalah kata-kata Rosyam yang didakwa seolah-olah memperlekehkan wanita di luar sana.

Dalam video tersebut, Rosyam menggunakan ayat sindiran seperti “bangun lambat”, “perempuan ni/wanita ni semuanya lambat”, “eh bangkitlah”, “bangun daripada tidur” dan “aku nak belasah kepala korang”.

Lebih membuatkan sakit hati netizen apabila Rina yang turut berada bersama pegawai Yayasan Kebajikan Negara pada ketika itu pula dilihat hanya berdiri dan tersengih-sengih ketika pelakon tersebut melontarkan ayat-ayat yang dianggap 'kurang ajar' di pejabat kementerian.

Perkara tersebut turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh yang mempersoalkan kelulusan skrip dan juga video promosi yang dianggap seperti merendahkan martabat serta mempersendakan kaum wanita.

Destination: