Lepas Suami Heliza, Kini Status 'Datuk' Dua Lagi Pasangan Pelakon Dipersoal

TERKINI
October 03, 2022 - 07:03 PM


Selepas Heliza Helmi -- kini giliran dua pelakon wanita lain pula iaitu Datin Fouziah Gous dan Datin Paduka Eina Azman dipersoalkan 'Datuk palsu' yang dikaitkan dengan status gelaran dimiliki suami masing-masing. 

Bagaimanapun, kedua-duanya terus berdiam diri daripada menjawab dakwaan tersebut. 

Usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada kedua-dua selebriti itu gagal apabila mesej dan panggilan telefon dibuat tidak dibalas serta dijawab oleh mereka.

Menerusi tinjauan Harian Metro di media sosial, Fouziah melalui perkongsian di Instagram Story kini berada di Johor bersama suami dan anak-anak kerana mengikuti festival perniagaan untuk minuman kesihatan sarang burung walet yang diusahakannya.

Manakala, Eina pula melalui  Instagram Story berkongsi beberapa juadah makanan masakannya untuk hidangan sekeluarga pada hujung minggu ini. Termasuk,  menikmati keenakan durian Musang King.

Terdahulu, isu gelaran didakwa palsu itu dikaitkan netizen kepada suami penyanyi, Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang tular dan mendapat liputan portal hiburan.

Difahamkan, isu berkenaan timbul susulan perkongsian individu di Facebook yang menggunakan akaun Aliff Ahmad mengenai gelaran Datuk Seri yang dimiliki Mahadi tidak tersenarai dalam sistem istiadat.

Sumber: Harian Metro

 

Destination: