"Ku Sangkakan 3 Rupanya 4" - Status Kahwin: Takiyuddin Masih Berteka-Teki?

TERKINI
August 17, 2022 - 12:56 PM


Di sebalik perubahan penampilan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun sekarang, ada satu persoalan mengenai dirinya yang masih menjadi tanda tanya ramai.

Rina yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa menjadi perhatian sebelum ini tiba-tiba hilang dari radar sementelah isu berkaitan #justiceforbella yang melihatkan rina seolah-olah diam dan membisu.

Penampilan Rina yang kini semakin kurus dan cantik, namun kesilapan pasukan medianya berikutan isu cuci taik cicak ketika banjir menenggelamkan terus beliau yang juga Ketua Serikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Jika sebelum ini menjadi bualan ramai bahawa dikatakan Rina adalah isteri kepada Datuk Dr. Shahruddin bin Md Salleh Ahli Parlimen Sri Gading yang kini dilaporkan mereka bercerai. Perkahwinan Dr Shahruddin dan Rina sebelum ini bukanlah rahsia di kalangan pemimpin Bersatu.

Terbaru Rina Harun tidak terlepas dari gosip lagi apabila terdapat sumber dalaman yang rapat dengan Bersatu memaklumkan Rina telahpun bernikah semula dan menariknya suami baharu beliau juga merupakan seorang anggota Menteri Kabinet iaitu Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Tenaga Dan Sumber Asli.

Susulan itu Rina Harun dilaporkan bakal mengundurkan diri sebagai Menteri kerana sedar kedudukan Suami dan Isteri tidak sesuai berada di dalam satu jemaah kabinet.



Meskipun suami baharunya adalah Ahli Parlimen daripada parti berbeza iaitu PAS, situasi terbaharu ini menjelaskan mengapa Rina jarang masuk ke pejabat dan mengabaikan tugas-tugasnya di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Hanya selepas isu dera Bella muncul dan teguran Tengku Mahkota Johor barulah Rina mula tampil ke depan mempertahankan Bella seolah-olah beliau bersungguh menyelesaikan masalah penderaan kanak-kanak.

Kedudukan Takiyuddin dan Rina dalam satu kabinet sama mencetuskan isu panas baru tentang status sebenar Rina Harun.

Rina Harun wajar menjelaskan status kedudukannya dengan Takiyuddin, begitu juga Takiyuddin bagi mengelakkan fitnah masyarakat.

Benarkah Rina Harun isteri keempat Datuk Seri Takiyuddin Hassan?

Sumber: Free Malaysia Baru

Status kahwin: Takiyuddin masih berteka-teki

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan masih berteka-teki mengenai status perkahwinannya dengan seorang ahli politik dari Selangor.

"My wife is a voter in Malaysia, so she's consider a politician, a voter is a politician (isteri saya seorang pengundi di Malaysia, jadi dia dianggap sebagai ahli politik, seorang pengundi adalah seorang ahli politik)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Pendakian 121 Puncak sempena sambutan ulang tahun Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) di sini, pada Ahad.

Takiyuddin berkata demikian sebagai mengulas khabar angin beliau mengahwini seorang ahli politik popular baru-baru ini.

Selain Takiyuddin yang tidak memberi sebarang pengesahan, ahli politik wanita itu yang namanya dikaitkan turut mengunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan yang tular di media sosial.

sumber: awani

Destination: