Jonas Brothers Bakal Buat Kemunculan Semula?

VIRAL
February 20, 2019 - 11:03 AM


Enam tahun lalu, kumpulan adik beradik Jonas Brothers mengumumkan perpisahan mereka dan ini secara tak langsung mengecewakan jutaan peminat mereka.

Semalam, US Weekly melaporkan bahawa Jonas Brothers bakal membuat ‘comeback’ dan menggunakan nama baru iaitu ‘JONAS’. Jonas adalah kumpulan muzik yang dianggotai oleh trio adik beradik Nick, Joe dan juga Kevin.

Dalam masa yang sama, The Sun berkata adik-beradik Jonas ini telah membuat kunjungan ke London untuk membincangkan rancangan masa depan mereka termasuklah potensi untuk menghasilkan karya baru dan juga dokumentasi terbaru.

Khabar angin yang mereka kembali bersatu ini sebenarnya dah bertiup sejak akaun Instagram rasmi Jonas Brothers diaktifkan semula selepas 4 tahun ditutup. Jonas Brothers, mengumumkan perpisahan mereka pada Oktober 2013 selepas mereka membatalkan konsert jelajah mereka.

Ada yang tak sabar ke nak tunggu Jonas ni comeback? Ke aura diorang ni tak sekuat dulu?

p/s: ni antara hits diorang dulu ni... better la dari One Direction... Hehehehe

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video