
Khabar Gembira Buat Directioners, One Direction Bakal Buat Kemunculan Semula
VIRALSatu ketika dahulu, kumpulan penyanyi lelaki atau boyband dari UK, One Direction ini pernah menjadi kegilaan seluruh dunia.
Kumpulan yang dianggotai oleh Niall Horan, Liam Payne, Harry Styles dan Loius Tomlinson ini mengumumkan perpecahan sementara waktu pada 2016 untuk fokus kepada karier solo masing-masing dan baru-baru ini, salah seorang anggota mereka iaitu Liam mendedahkan yang mereka mungkin akan bergabung semula.
Video pengumuman terbabit disebarkan melalui akaun peminat 1D Metro Manila di Twitter.
Walaupun temu bual berkenaan tidak dapat dikenalpasti dibuat oleh media mana, namun ramai percaya yang ia dikendalikan oleh pihak media Jerman kerana mempunyai sari kata bahasa Jerman.
Tambah Liam, mereka pernah berbincang mengenai kemunculan semula walaupun masing-masing dah berjaya dalam kerjaya solo.
“Kami pernah bercakap tentang perkara ini dan jika impian untuk mengadakan persembahan hebat itu tercapai, ia akan menjadi persembahan paling menakjubkan,” katanya dalam rakaman temu bual itu.
Dikatakan kerjaya solo setiap ahli 1D berkenaan boleh menjadikan kumpulan mereka lebih berjaya dan mempunyai ramai pengikut jika benar reunion ini terjadi.
‘Directioners’ seluruh dunia amat gembira dengan berita ini dan telah menjadikan hashtag #OneDirectionReunion trending di seluruh dunia.
Nampaknya, kenyataan Liam ni menidakkan dakwaan ramai pihak yang kumpulan One Direction telah terkubur.
One Direction muncul sebagai satu kumpulan apabila disatukan oleh Simon Cowell ketika mereka berlima muncul dalam program The X Factor UK sebagai penyanyi solo pada tahun 2010.
Sejak pada itu, One Direction menjadi kegilaan ramai peminat yang rata-ratanya merupakan golongan remaja wanita yang setia mengikut perkembangan mereka sehingga mereka mengambil keputusan untuk berehat pada hujung tahun 2015.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video