Jonghyun Cuba Bunuh Diri Di Rumah

TERKINI
December 19, 2017 - 10:52 AM


Salah seorang ahli kumpulan SHINee, Kim Jong Hyun atau lebih dikenali dengan Jonghyun ditemui maut dan dipercayai membunuh diri menurut laporan media tempatan.

Pihak polis menemukan beliau dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 6.10 petang semalam waktu Korea. Pihak polis tiba di apartment miliknya di Gangnam selepas kakak Jonghyun membuat laporan polis atas cubaan bunuh diri oleh adiknya itu.

Ketika ditemui, Jonghyun didatpati tidak sedarkan diri namun setibanya di hospital, dia telah meninggal dunia. Laporan menunjukkan ada berlaku serangan jantung yang dipercayai akibat keracunan karbon monoksida.

Ketika memasuki apartmentnya, pihak polis ada menjumpai arang yang telah terbakar di atas kuali. Polis masih menyiasat kes ini dan tidak menolak bahawa ini adalah kejadian bunuh diri.

 

Sumber : The Star