Jual Kuih Demi Sara Anak OKU – Kisah Pakcik ‘Petronas Bukit Beruntung’ Meruntun Hati Netizen
TERKINIKasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.
Begitu mulianya hati ibu bapa yang tanpa mengira penat dan lelah dalam membesarkan anak-anak mereka.
Kisah seorang pakcik tua yang mengambil upah menjual kuih orang di sebuah gerai bawah pokok berdekatan stesen Petronas Bukit Beruntung, Rawang, Selangor nyata mengundang rasa sayu netizen di Facebook selepas ia didedahkan oleh seorang pengguna yang identitinya mintak dirahsiakan.
Menurut postingnya, Hajar memaklumkan pakcik yang dikenali sebagai Hairuddin Mohd Sharif itu juga terpaksa menyara anaknya yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan upah yang tidak seberapa.
Hajar membuat posting berkenaan bagi meraih perhatian netizen untuk membantu membeli kuih daripada pakcik tersebut atau menghulurkan sumbangan peribadi kepadanya.
Setakat ini, posting berkenaan telah dikongsi lebih 6,400 kali dan ramai yang mendoakan semoga pakcik Hairuddin itu diberikan rezeki yang melimpah ruah daripada Allah SWT.